Tuesday, October 26, 2010

agensi pekerjaan - AP LEXSUN SDN BHD

agensi pekerjaan
PENGURUSAN SYARIKAT
Lexsun SB mumpunyai struktur organisasi yang berupaya mengendalikan semua kerja berkaitan tenaga pekerja tempatan dan asing ini termasuk aspek-aspek berikut:-

Pengurusan dokumentasi yang berkaitan dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen Malaysia Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan semua jabatan berkaitan dengan pekerja.
Pengurusan perjanjian pekerja dan perundangan pihak berkaitan dari negara-negara sumber;
Pengurusan logistik dan infrastruktur termasuk kemudahan tempat tinggal, kebajikan, pengangkutan, penggajian dan insurans para pekerja;
Pengurusan strategi pemasaran bagi mandapatkan projek-projek dan tender pelanggan bagi menempatkan para pekerja di tempat tersebut dan
Pengurusan Operasi bagi bertindak mengendalikan proses sebelum, semasa dan selepas kemasukan pekerja

agensi pekerjaan - AP LEXSUN SDN BHD

agensi pekerjaan


MISI SYARIKAT
Memastikan penawaran perkhidmatan pengurusan yang cekap serta berkualiti tinggi yang membentuk satu sistem pengurusan yang efisyen, efektif dan berinovatif sejajar dengan era perniagaan globalisasi yang cukup mencabar, kompetitif serta dinamik.

Terus mengorak langkah kehadapan serta mengharungi segala cabaran mendatang dan bersatu padu ke arah merealisasikan segala visi Lexsun Sb untuk menjadi sebuah syarikat yang disegani dan mampu memenuhi dan menjadi aspirasi semua pihak.

Menjaga segala kebajikan para pekerja dengan komitmen yang tinggi tanpa berbelah bagi serta menjadi sebuah syarikat pembekal pekerja tempatan yang beroriantasikan satu MALAYSIA.